F Abang Terlajak Laris Bakal Terajui Filem Badang Superb | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abang Terlajak Laris Bakal Terajui Filem Badang Superb

Pengasas syarikat kosmetik D’Herbs Healthy (D’Herbs) dan jutawan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bakal menjadi hero sebuah filem adiwira arahan pengarah, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen berjudul Badang Superb tidak lama lagi.

Menurut Aliff yang juga dikenali sebagai 'Abang Terlajak Laris', 29, beliau sudah menjalani latihan untuk membintangi filem tersebut sejak dua minggu lalu dan tidak sabar untuk memulakan penggambaran.

“Sebenarnya, saya banyak mendapat tawaran berlakon cuma sebelum ini saya tidak mempunyai masa dan watak yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan karakter saya.

"Alhamdulillah, bukan berniat untuk menjadi pelakon tetapi saya tertarik dengan skrip filem ini yang sangat dekat diri saya, katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Powered by Blogger.