F Abang Tenang, Adik Hyper | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abang Tenang, Adik Hyper

Mengakui masih belajar mengurus dan menjaga anak kembar lelakinya, namun pelawak popular Fad (Bocey) memberitahu dia dan isterinya, Nur Syahirah A.Rahman, 22, seronok melihat tumbesaran mereka yang kini sudah mencecah usia tujuh bulan.

Berkongsi lanjut, Fad atau Fadzlie Nizam, 25, berkata, anak-anaknya yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah mula menunjukkan sikap dan karakter masing-masing.

Pasangan kembar tidak seiras ini dilahirkan pada 11 Disember tahun lalu. Hayyan yang merupakan abang yang lahir 11 minit lebih awal daripada Zayyan.

"Mereka sudah masuk tujuh bulan. Dari segi mengurus dan menjaga mereka, saya dan isteri lakukan secara bergilir-gilir. Tapi seperkara yang saya agak kelam kabut jika mereka menangis sebab mereka menangis serentak.

"Selain itu, sikit demi sikit mereka sudah menunjukkan sikap dan karakter masing-masing. Misalnya, si abang nampak lebih tenang berbanding adiknya pula, hyper," katanya kepada Malaysin Digest ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai perkembangan kerjaya Fad bakal bersaing di pentas Super Spontan Superstar mulai 5 Ogos ini. Fad mewakili kumpulan Harimau Hipster yang mana diketuai oleh Taukeh (Jambu) dan turut dibarisi rakan artis seperti Abam, Syuk (Joras), Ozlyn, Zulin Aziz, Jamal dan Waris.

Menurut Fad, penyertaannya ada musim ini bersama semangat mahu melangkah ke pentas final selepas tersinngkir pada peringkat awal ketika pertandingan musim lalu.

"Saya tidak ambil masa lama untuk berfikir, sebaliknya ketika ditawarkan saya terima kerana saya suka task dan game dalam pertandingan ini yangmemang mencabar kreativiti.

"Musim lepas saya tersingkir di peringkat awal, kali ini kalau boleh saya target mahu ke final. Kali ini saya rasa saya harus lebih releks, tak boleh nak ada perasaan malu sangat dan lebih melibatkan diri bersama ahli yang lain," katanya.

Selain itu, Fad kini juga mengendalikan slot Sembang Pagi Era, yang ke udara setiap Sabtu jam 7 hingga 10 pagi.

Powered by Blogger.