Berita Terkini
recent

Abang Ipar Diana Rafar meninggal dunia dalam pesawat dari Dubai ke Malaysia


Takziah Kakigosip ucapkan kepada pelakon Diana Rafar kerana  difahamkan abang ipar Diana telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian Diana di akaun Instagramnya, abang iparnya, Dato Tuan Haji Zainal Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia.



"Alfatihah Dato Tuan Haji Zainal Osman abang ipar Diana meninggal dalam pesawat pagi tadi, on the way balik dari Dubai ke Malaysia.

"Sekarang ada di Lapangan Terbang Mumbai. Alfatihah moga dipermudahkan segala urusan jenazah. Kakak ku @anitarafar sabar banyak-banyak ok. Takziah @rozadania rini aif and family... Kita doa sama-sama ya," ucapnya.

Semoga jenazah ditempatkan bersama golongan orang beriman dan urusan jenazah dipermudahkan. Alfatihah.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.