F Abam Bawa Keluarga Tunai Umrah 5 Disember Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abam Bawa Keluarga Tunai Umrah 5 Disember Depan

Pelawak, Abam (Bocey),  bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah pada 5 hingga 16 Disember depan.

Memetik laporan BH online, Abam atau nama sebenanrnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, pemergiannya bersama keluarga ke sana sebagai menunaikan hasrat ibunya yang sudah tersimpan sejak dulu lagi.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah, sekali gus menyempurnakan hasrat ibu saya sejak dulu lagi. Syukurlah kerana wang juga dirasakan sudah mencukupi manakala tubuh badan pula masih sihat untuk beribadah.

"Mengikut perancangan, saya sekeluarga bakal berangkat pada Disember nanti. Cuma, adik bongsu saja tidak turut serta kerana isterinya sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu.

"Pihak penganjur umrah pula menyuarakan hasrat meminta kerjasama saya untuk menguar-uarkan perkara ini kepada umum. Lebih meriah sekiranya ada antara peminat yang terbuka hati untuk turut serta dalam rombongan kami," katanya.

Powered by Blogger.