F 5 ciri bakal suami Fara Fauzana | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

5 ciri bakal suami Fara Fauzana

Semalam, bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana (Fafau) telah pun mengumumkan tarikh bersejarah bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan September depan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Hafiz, 30an.

Menurut Fafau, mereka telah berkenalan sejak dua tahun lalu dan diperkenalkan oleh rakannya. Tambahnya lagi, mereka akan terus melangsungkan pernikahan dan tiada majlis pertunangan diadakan.

Terdahulu Fafau telah pun dirisik sekitar bulan Februari 2016.

"Kami berkenalan sudah dua tahun dan diperkenalkan oleh kawan saya. Kami akan terus melangsungkan majlis pernikahan dan tidak ada majlis pertunangan diadakan. Untuk makluman, pada bulan Februari lalu hanya merisik sahaja," jelasnya pada sidang media RSVP by Farah Fauzana.

Dalam pada itu, selebriti tersebut mengakui, selepas tidak bergelar sebagai panyampai radio lagi, dia menggunakan masa itu sebaiknya untuk mengenali hati bakal suaminya dengan lebih dekat.
 
"Apabila sudah tidak menjadi penyampai radio, masa lebih banyak dihabiskan mengenali hati bakal suami dengan lebih dekat dan serius," katanya ringkas.

Diajukan persoalan apakah yang membuatkan hati Fafau terpikat dengan Hafiz, ini antara lima jawapannya;

"Pertama dia seorang yang berkeperibadian yang dimiliki, keduanya pula dia seorang yang pemalu. Ketiganya, dia seorang yang penyabar dan memahami serta mempunyai sikap kebanyakan berlawanan dengan saya," terangnya.

Untuk info, segala persiapan menuju hari bahagia mereka kini sudah 60% siap. Seminggu selepas majlis pernikahan dan resepsi diadakan nanti, majlis bertandang pula akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur.
Powered by Blogger.