F Zizan Menangis Depan Kaabah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zizan Menangis Depan Kaabah

Pertama kali menjejak kaki di tanah suci Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sehingga satu Syawal untuk menunaikan ibadah umrah benar-benar menyuntik rasa keinsafan dalam diri pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Akuinya, air mata jatuh seperti empangan yang pecah saat menatap Kaabah di depan mata.

"Alhamdulillah, saya baik sahaja. Saya rasa bertuah kerana dapat menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya dibawa oleh Adi Putra dan kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya menangis. Merasai sendiri pengalaman melihat Kaabah dengan mendengar cerita orang lain amat berbeza.

Sebenarnya pelbagai perkara berlegar di ingatan. Saya teringatkan susah senang kehidupan dilalui sejak kecil sehingga dewasa. Dalam waktu itu, tiba-tiba wujud perasaan rindukan keluarga terutama terhadap ibu bapa. Secara tidak langsung membuatkan saya rasa begitu kerdil dan ingin lebih berjasa kepada keluarga, negeri, negara dan agama," katanya.

Dalam pada itu Zizan berkata, dia tidak menyangka berpeluang merasai pengalaman berpuasa dan beraya di sana sedangkan perancangan ke Mekah dilakukan hanya dalam tempoh seminggu.

"Suasananya memang berbeza, orang berpusu-pusu menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi raya. Tiada rendang dan ketupat, tetapi itulah pengorbanannya. Namun, saya bersyukur kerana tempat penginapan menyediakan beberapa menu Melayu seperti sate. Sekurang-kurang terubat juga kerinduan pada kampung halaman," katanya yang bakal muncul dalam filem Bikers Kental 2 dan Abang Long Fadil 2
Powered by Blogger.