F Zed zaidi & Mamat khalid balas kenyataan David teo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zed zaidi & Mamat khalid balas kenyataan David teo

Jika sebelum ini menerusi laman Facebook pelakon Afdlin Shauki tampil mengemukakan surat terbuka kepada David Teo, kini Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi pula turut bersuara dengan kenyataan David Teo mempersendakan kehidupan P Ramlee.

“Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee?

"Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?”

“Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?” coret Zed.


Sementara menerusi laman sosial pelakon senior Mamat Khalid turut tampil menyuarakan pendapatnya.

"Hidup R Ramlee tak layak awak buat perbandingan dengann artis dan pengarah awak. Sebab awak dalam dunia serba bongkak. Susut P Ramlee dahulu pun atas perbuatan manusia seperti awak yang memandang hina mencari dan memuat naik segala kehinaan dan keaiban beliau untuk meletakkan beliau di tahap bawah manusia awak.

"Awak yang rasa lebih bagus dalam dunia perfileman. Awak yang rasa lebih disayangi peminat. Buat lah apa niat suci awak itu tapi tolong jangan guna nama P Ramlee untuk meletakkan awak lebih bagus. Tolong la jangan ulang perbuatan mereka yg terdahulu yg sama jahat," ucapnya.
Powered by Blogger.