F Zarul Husin Beraya Dulu Dalam Kapal Terbang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zarul Husin Beraya Dulu Dalam Kapal Terbang

Penyanyi Zarul Husin, 43, bakal menyambut ketibaan satu Syawal di dalam kapal terbang kerana dia dijadualkan bertugas untuk penerbangan yang akan berlepas pulang dari London ke tanah air.

Menurut vokalis kumpulan Umbrella ini, bekerja ketika di hari raya sudah menjadi rutin an perkara biasa baginya sejak berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak 16 tahun lalu.

"Tahun lepas saya dan isteri dapat raya bersama tapi tahun ini, 1 syawal saya dijadualkan bertugas. Penerbangan berlepas dari London dan dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur pada malam raya pertama, jam 7.30 malam.

"Tapi pada hari raya kedua saya dapat cuti dua hari, jadi sempatlah saya, isteri dan anak saya beraya bersama dan menziarahi sanak saudara. Kami beraya di Kuala Lumpur saja kerana orang tua pun sudah tiada.

"Isteri dan anak saya, mereka sudah biasa dan reda kalau saya tak dapat cuti raya," kata penghibur berasal dari Pasir Putih, Kelantan ini ketika di temui pada Majlis Berbuka Puasa syarikat rakaman Indigital, baru-baru ini.

Mengakui jarang ada waktu lapang bersama keluarga, namun setiapa kali bercuti, masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya, Mujur isterinya juga berkerja dalam bidang yang sama justeru memahami akan kesibukan masing-masing.

"Walaupun penat tapi saya seronok dengan kerja saya kerana bertemu dengan ramai orang dan pergi ke merata tempat.

"Setiap kali dapat cuti, saya akan luangkan masa dengan isteri dan anak saya. Isteri saya juga kerja dalam bidang sama, jadi dia faham,"katanya yang turut menyatakan merancang meninggalkan kerjaya itu dalam waktu terdekaat ini kerana maahu memberi tumpuan pada karier seni.

Dalam pada itu penyanyi lagu Jangan Pernah ini mengakui memilih untuk tidak mahu terlalu berkongsi mengenai perihal anak dan isterinya kepada umum kerana mahu menjaga privasi sekaligus mengelak daripada timbul isu atau pandangan negatif yang mengaitkan mereka.

"Ya benar, saya jarang berkongsi gambar tentang anak dan isteri saya kerana saya mahu jaga privasi mereka. Kerja sebagai seorang artis ni, terdedah pada macam-macam perkara dan saya tak mahu nanti ada tanggapan negatif mana-mana pihak," katanya.

Hasil perkahwinan terdahulu, Zarul mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 19 tahun.
Powered by Blogger.