F Zahid Tak Minat 'Buat Badan' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zahid Tak Minat 'Buat Badan'

Penyanyi Zahid Baharuddin berpendapat meskipun tidak memiliki bentuk badan yang sasa dan berotot namun dia masih berasa yakin dengan penampilan dan pembawakan dirinya sebagai seorang artis.

Tidak menafikan penjagaan imej juga penting bagaimanapun pemilik nama lengkap Ahmad Zahid Baharuddin, 36, ini berkata dia tidak berminat untuk mengubah penampilannya menjadi sado sebaliknya memilih mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan bersenam bagi mengekalkan kesihatan diri.

"Terus-terang, saya tak suka melakukan senaman di pusat gymnasium. Biasanya kebanyakan lelaki kalau pergi ke gym adalah terdiri daripada mereka yang suka 'buat badan' nak nampak sado. Tapi saya tak pula minat ke arah itu.

"Pada saya, sebagai penyanyi, kalau memiliki badan sado tidak lah menjaminkan apa-apa kerana bidang nyanyian ni lebih menggunakan tekak dan teknik di perut.

"Tapi sebagai mengekalkan kesihatan, saya lebih suka jogging di luar ataupun buat aktiviti seperti bermain bola atau berenang. Selain itu sejak beberapa bulan lalu saya amalkan pengambilan makanan sihat (healty food)," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis sidang media AIM22, kelmarin.

Terlanjur bercerita mengenai amalan pemakanan sihat, bapa anak satu ini berkata, dia mula mengamalkan pengambilan tersebut sejak beberapa bulan lalu selepas mendapat saranan daripada rakannya yang juga menjalankan perniagaan makanan tersebut.

Keseriusan Zahid dalam menjaga pemakanan bermula sejak doktor menasihatinya untuk mendapatkan berat badan yang ideal iaitu 72kilogram

"Kawan saya ada menjalankan pernigaan makana sihat, jadi saya pun mendapatkan rujukan dan nasihat daripada dia tentang pengambilan makanan tersebut. Saya juga sedar apabila umur kita semakin meningkat, kita perlu lebih peka dalam soal penjagaan kesihatan.

"Mula-mula tu susah juga teka nak terima, iyalah sebab makanan sihat ni kurang gula, kurang garam dan sebagainya. Tapi kawan saya sarankan dalam seminggu saya ambil makanan sihat dan dua hai saya boleh ambil makanan biasa.

"Ditambah pula hampir sebulan berpuasa ni, saya gembira kerana saya turut 6kg. Berat saya sekarang 90kg. Mengikut kata doktor, berat ideal saya 72kg, jadi saya akan berusaha mengurangkan lagi berat saya. Tapi harap-harap raya ni tak lah berat naik semula," tuturnya sambil tertawa.

Dalam pada itu, Zahid berkata, melihat bagaimana rakannya mengusahakan perniagaan tersebut, secara tidak langsung dia belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan kerana dia punya rancangan ke arah itu.

"Memang saya ada terfikir mahu buat bisnes dalam bidang penjualan makanan sihat, tapi saya masih belajar lagi daripada kawan saya mengenai ilmu selok belok berniaga. Tak mahu lah nanti buat separuh jalan," katanya

Mengenai perkembangan karier pula, selain masih sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Biar Aku Yang Tahu, Zahid dalam perancangan untuk menghasilkan album.

"Alhamdulillah, single saya dapat sambutan. Sekarang ni saya bersama syarikat rakaman saya iaitu SRC, dalam proses perbincangan untuk menghasilkan album," katanya yang kini sudah kembali menyanyi sepenuh masa sejak meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio Era FM sejak setahun lalu.

Dalam pada itu berkongsi mengenai sambuta Aidilfitri, Zahid memberitahu dia akan bercuti raya selama seminggu dan akan membawa keluarganya pulang ke kampungnya di Teluk Intan, Perak.

"Kami sekeluarga balik ke Teluk Intan. Kampung isteri saya juga berdekatan dengan kampung saya, jadi kami tak ada masalah berebut nak balik raya rumah siapa dahulu.

"Setiap kali tibanya raya, saat dan suasana kemeriahan berkumpul beramai-ramai yang saya nantikan. Kalau dulu ketika kecil, kalau balik kampung, saya dan sepupu-sepupu saya mesti kami paling seronok sebab dapat bermain dan beraya sama-sama. Sekarang ni masing-masing sudah dewasa dan punya keluarga, jadi ada yang tak dapat balik," katanya.
Powered by Blogger.