F Yuna "usik-usik manja " peminat yang beri komen negatif | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yuna "usik-usik manja " peminat yang beri komen negatif

Netizen beranggapan bahawa penyanyi dan penulis lirik Yuna, agak sensitif ketika dilemparkan kritikan mahupun komen yang negatif melalui laman sosialnya. Pun begitu Yunalis Zarai, 30, memberitahu dia seorang yang tidak sensitif, malah ada cara tersendiri dalam menjawab setiap kritikan ataupun komen negatif itu.

"Dalam menjawab kritikan mahupun komen negatif netizen di laman sosial saya, saya rasa kita jangan terlalu memandang serius, malah bagi saya kita perlu ada sedikit unsur 'usik-usik manja'.

"Mereka yang mengkritik ini sebenarnya hanya mahukan perhatian,jadi saya juga tak kisah kalau orang kata saya sensitif." ujarnya ketika ditemui pada majlis perlantikkan Yuna sebagai duta jenama bagi kempen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Mitsubishi ASX.

Berkongsi mengenai rayanya pula, Yuna teruja kerana dapat menyambut hari raya bersama ahli keluarganya di Kuala Lumpur. Tambahnya, dia juga dapat berjumpa dengan neneknya kerana Kakigosip  difahamkan keadaan neneknya sedang sakit.

"Alhamdulillah saya dapat pulang dan beraya bersama keluarga saya di Kuala Lumpur dan secara tidak langsung dapat juga berjumpa dan menjaga nenek saya sementara saya masih di sini sebelum kembali pulang ke Los Angeles," katanya ringkas.

Itulah adat dan resam andai anda menjadi selebriti, memang tidak dapat lari dari kritikan dan komen negatif netizen.
Powered by Blogger.