F Yuna tidak kecewa gagal masuk carta Billboard 200 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yuna tidak kecewa gagal masuk carta Billboard 200

WALAUPUN album barunya yang berjudul 'Chapters' masih belum memasuki carta Billboard 200, penyanyi dan penulis lagu dari Malaysia, Yunalis Mat Zara'ai atau Yuna, tidak kecewa.

Sebaliknya, beliau masih bersyukur kerana 'Chapters' berjaya memasuki carta lagu dewasa R&B Billboard.

Turut berada dalam carta itu adalah penyanyi terkemuka antarabangsa, Beyoncé dan Rihanna.

"Saya tidak pernah jangkakan berada dalam carta ini dan sangat gembira sudah menemui rentak dan tempat dalam industri ini.

"Untuk album ini disenaraikan dalam carta Billboard 200, saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana baru dikeluarkan pada Mei lalu dan ia akan mengambil masa untuk pendengar menerima album itu," katanya.

Yuna berkata demikian kepada pemberita sewaktu majlis hi-tea sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Mitsubishi Motors Malaysia, di sini semalam.

Ditanya sama ada akan mencuba genre lain selain R&B dan Pop, Yuna berkata beliau tidak nampak ada keperluan untuk menukarnya kerana selesa dengan pilihannya ketika ini.

'Chapters' yang juga album kelima Yuna, turut menampilkan kolaborasinya dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Usher dan DJ Premier.

Antara lagu popularnya dalam album 'Chapters' adalah Crush, Places to Go dan Lanes.
Powered by Blogger.