F Yuna jadi model Mitsubishi ASX | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yuna jadi model Mitsubishi ASX

PENYANYI dan penulis lirik, Yuna yang kini mencipta nama di pentas antarabangsa dilantik sebagai duta jenama bagi kempen ken­deraan utiliti sukan (SUV) kompak Mitsubishi ASX.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia (MMM),‎  Yang Won Chul berkata, pemilihan Yuna sebagai duta kenderaan keluaran terbaru Mitsubishi menepati imej ‎yang mahu diketengahkan.

"Beliau yang juga pelanggan Mitsubishi sangat sesuai dijadikan sebagai duta kepada Mitsubishi ASX kerana fesyennya yang moden dan sopan bertepatan dengan gaya yang ditawarkan model tersebut.

“Mitsubishi ASX merupakan sebuah kende­raan yang menggabungkan utiliti dan praktikal sebuah SUV bersama ke­selesaan sebuah sedan dalam saiz yang tepat, pengendalian yang baik serta mampu membawa pengalaman pemanduan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika majlis minum petang di sini.

Sementara itu, Yuna turut berbesar hati kerana dipilih sebagai duta jenama Mitsubishi ASX kerana beliau sendiri adalah pemilik sebuah model tersebut sejak 2012.

“Mitsubishi ASX adalah sebuah kenderaan yang sangat bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan.

"Pengalaman memandu Mitsubishi ASX sememangnya mengujakan dan selesa sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada MMM kerana memilih saya sebagai duta jenama model ini,” katanya.
Powered by Blogger.