F Ya, Dia Kekasih Saya - Anis Al Idrus | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ya, Dia Kekasih Saya - Anis Al Idrus

Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus, 28, mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq.

Memetik laporan BH online, Anis berkata tidak wujud istilah serik dalam kamus hidupnya untuk bercinta sesama golongan artis.

"Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi," katanya.

Sebelum ini, Anis pernah dikaitkan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Beberapa bulan lalu, dia digosipkan pula dengan seorang lagi pelakon, Ungku Ismail.

Dalan pada itu, Anis menyifatkan jejaka berusia 22 tahun itu seorang yang berbudi bahasa serta matang.

"Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang," katanya.
Powered by Blogger.