F Watak sampingan Rosyam dikritik penerbit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Watak sampingan Rosyam dikritik penerbit

Dalam keadaan yang boleh dikatakan hampir semua orang tengah demam filem Kabali, pada masa yang sama pelakon Rosyam Noor dikritik hebat oleh seorang penerbit drama, Mohd Noor Kadir.

Menurut penerbit drama itu, kemunculan Rosyam dalam filem tersebut seolah-seolah hanya sebagai watak sampingan dalam beberapa babak sahaja. Pun begitu, hero filem Gangster tersebut mengambil baik kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Rosyam yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik mengulas lanjut, baginya walaupun wataknya dalam filem itu dilihat sebagai watak kecil sahaja, namun diharap akan menjadi batu loncatan pada masa akan datang.

Untuk info, filem Kabali heronya adalah Rajinikanth dan turut membariskan bintang terkenal tanah air Malaysia seperti, Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Tahniah diucapkan kepada bintang tanah air kita kerana berjaya menempah nama di luar negara. Justeru, penglibatan mereka dalam filem itu ternyata satu perkembangan yang baik.

Powered by Blogger.