F Waris P.Ramlee kesal dengan kenyataan david teo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Waris P.Ramlee kesal dengan kenyataan david teo

Berikutan kenyataan David Teo menghina kehidupan seniman P.Ramlee yang berakhir tanpa kemewahan, telah mengakibatkan ramai penggiat seni marah terhadapnya. Sementelah itu, kini giliran anaknya sendiri, Sazali P.Ramlee pula tampil bersuara.

Terkesan dan tersinggung dengan kata-kata David Teo, Sazali berharap agar David Teo dapat menziarahi pusara allahyarham P.Ramlee dan memohon maaf.

Sementara itu, kakak angkat Sazali iaitu Dian, memaklumkan bahawa David Teo ada menghubunginya untuk memohon maaf. Bagi Sazali, sebagai anak arwah yang masih hidup tentu tidak ada masalah untuk memaafkan, namun bagaimana dengan ayahnya?

Dalam pada itu, Sazali ada memberitahu, semasa ayahnya hidup, P.Ramlee sentiasa memastikan anak-anaknya mendapat makanan, pakaian dan keperluan asas yang cukup.

Untuk rekod, Allahyarham Teuke Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (P.Ramlee) telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 Mei 1973 akibat mengalami serangan jantung. Arwah kemudiannya dikebumikan di pusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Alfatihah.

Powered by Blogger.