Berita Terkini
recent

Vokalis U2 Turut Terperangkap Ketika Serangan di Nice

Vokalis kumpulan U2, Bono, diselamatkan polis antikeganasan selepas terperangkap dalam restoran di Nice ketika serangan dilancarkan pada Hari Bastile.

Pemuzik berusia 56 tahun itu berada di teres restoran La Petite Maison apabila kekecohan berlaku, lapor akhbar La Parisienne.

"Tiba-tiba saya melihat orang ramai berlari tanpa jeritan. Ia panik dalam diam, sesuatu yang luar biasa," kata pemilik restoran mewah itu, Anne-Laure Rubi.

Menurut Rubi, Bono berada di restoran itu dengan rakannya ketika kejadian jam 10.30 malam waktu tempatan Khamis lalu.

Seluruh restoran dikunci, dengan pengunjung menunggu 30 minit bagi polis tiba di situ dan membawa mereka keluar ke tempat selamat.

Bono yang memiliki rumah di Bandar Eze yang berhampiran juga seperti orang lain terpaksa meletakkan tangan di atas kepala dan diminta bertenang.

Itu adalah kali kedua Bono terperangkap dalam serangan ganas di Perancis.

Beliau dan anggota kumpulannya berada di Paris, November lalu ketika serangan di teater Bataclan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.