F Video 'Skandal' Tersebar : Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Video 'Skandal' Tersebar : Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira

Pelakon yang popular menerusi drama Hello Mr. Perfect, Ruhainies, mendakwa dirinya telah diperangkap apabila videonya keluar bersama suami penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu didedahkan.

Memetik laporan mStar online, Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, mengaku ada keluar bersama ahli perniagaan itu pada khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap," ujarnya.

Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan.

Ruhainies berkata, mereka sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan berkenaan.

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.

"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.

"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain," ujarnya.

Ruhainies berkata, dia berasa kesal apabila menjadi mangsa dan terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak tahu niat sebenar Adnan yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.

"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," ujarnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung 3 Disember 2015.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Hello Mr Perfect kecuali berkaitan kerja.

"Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu. Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya," ujarnya.

Bagaimanapun kata Adnan, dia tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

Ditanya mengenai hubungan dia dengan Adira setakat ini Adnan bagaimanapun enggan memberi ulasan panjang mengenainya.

"Awak tulis okey je (hubungan mereka)," katanya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung 3 Disember 2015.

Bagaimanapun gambar-gambar Adira bersama Adnan di Instagram wanita itu sudah dipadamkan tanpa diketahui puncanya.

Powered by Blogger.