F Vanidah Imran & Rashidi bergilir jaga anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Vanidah Imran & Rashidi bergilir jaga anak

Pelakon jelita iaitu Vanidah Imran memberitahu penerimaannya dalam filem terbaru, Temuan Takdir adalah kerana mempunyai keserasian berlakon bersama rakan artis dan sekali gus memberikan peluang kepada pengarah baru untuk bergiat.

“Sebenarnya saya terpanggil untuk menerima berlakon dalam filem ini adalah kerana Zahim. Ketika itu dia ada menelefon sama ada saya mahu ataupun tidak untuk memegang watak sebagai isteri kepadanya, jadi saya terimalah.

“Ini kerana, dia memang rakan sekerja yang saya akui selesa bila digandingkan bersama. Kami berlakon sejak dari filem The Red Kebaya dan teater Randai lagi, serta dalam beberapa lakonan bersama. Jadi, saya memang senang bila dapat bekerja dengan orang yang faham dengan karakter saya.

“Sementara itu pula, skrip filem bagus dan diarahkan oleh pengarah baru. Bagi saya kita perlu berikan sokongan kepada pengarah baru yang memang mempunyai semangat untuk berkarya, terlebih lagi dalam bidang perfileman,” jelas Vanidah yang ditemubual pada sidang pra-tonton filem Temuan Takdir.

Menyentuh mengenai kehidupan keluarga pula, Vanidah Imran atau lebih mesra disapa dengan nama Vee, berkata, sesibuk manapun dia dan suami, Rashidi Ishak bergilir-gilir menjaga anak demi masa depan anak-anak terjamin.

“Bila saya bekerja yakni terlibat dengan penggambaran di luar mahupun bekerja untuk komersial, sebenarnya saya sedang berkorban masa untuk anak-anak saya. Jadi ada waktunya saya ataupun suami sendiri yang akan bertukar tempat jaga anak-anak.

“Anak-anak sekarang masing-masing bakal menduduki ujian, jadi saya akan ambil masa untuk fokus terhadap mereka,” ujarnya yang bakal menyambung pengajian dalam bidang Sarjana pula.

Terdahulu Pelakon Wanita Terbaik Filem Malaysia ke-20 itu telah menerima segulung sarjana muda Bahasa Inggeris pada September tahun lalu.
Powered by Blogger.