F Umat Islam Jangan Hadiri Konsert Selena Gomez | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Umat Islam Jangan Hadiri Konsert Selena Gomez

Kerajaan diminta menyarankan umat Islam supaya tidak menghadiri konsert 'Selena Gomez Live in Malaysia' yang akan berlangsung pada 25 Julai (malam ini).

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata bagaimanapun penganjuran konsert itu dibenarkan untuk kalangan orang bukan Islam.

Beliau berkata, konsert berkenaan tidak sesuai dihadiri umat Islam kerana ia bukan sahaja melalaikan tetapi turut membabitkan soal batasan akhlak.

"Kita tak minta Malaysia harus tutup hiburan tetapi hiburan untuk umat Islam ada hadnya. Jadi, kita minta kerajaan memberi kebenaran untuk menganjurkan konsert ini dalam kalangan bukan Islam dan menggalakkan umat Islam supaya tidak hadir pada konsert itu," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Baru-baru ini, Kerajaan Selangor mengambil pendirian untuk tidak menghalang penganjuran konsert 'Selena Gomez The Revival Tour' di Stadium Melawati.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata tiada sebab untuk kerajaan negeri menghalang penganjuran konsert itu, jika pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Powered by Blogger.