F Ulasan bersara bola sepak, ini komen TMJ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ulasan bersara bola sepak, ini komen TMJ

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas ulasan dibuat pihak tertentu berkaitan keputusan bersara empat pemain bola sepak kebangsaan yang diumumkan minggu lalu.

Menurut beliau, kenyataan individu itu seolah-olah keempat-empat pemain tersebut tidak pernah berkhidmat dan membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan.

"Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja.

"Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka?," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southerns Tiger, hari ini.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunalan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan.

Sementara, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semalam dilaporkan berkata lebih baik pemain yang mahu bersara itu tidak bermain lagi baik di peringkat kebangsaan mahupun kelab serta negeri supaya ia tidak menjadi pertikaian.

Tunku Ismail turut mengingatkan agar individu berkenaan tidak menunjukan kepada beliau dan generasi sekarang, orang lama susah hendak menerima masa dan dunia ini telah berubah.

"Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bola sepak dan kepentingan politik.

"Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan," katanya.
Powered by Blogger.