F Tumpang tuah Faizal Tahir? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tumpang tuah Faizal Tahir?

“Knock knock
Ku beri kau semua
Talk talk
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku...”

BAGI yang sering mendengar lagu tersebut, nama Elizabeth Tan barangkali tidak asing lagi.

Bintang yang digilap bakatnya dari laman YouTube ini kemudiannya berpeluang menimba ilmu dan pengalaman bersama penyanyi yang tidak asing lagi, Faizal Tahir.

Dan ternyata, pemilihan Elizabeth atau mesra di sapa Lizzy ini untuk bersama Faizal Tahir tepat kerana ia secara tidak langsung melonjakkan lagi namanya di dalam bidang seni.

Bukan sekadar terkenal di Malaysia semata-sama, nama Elizabeth kini juga mendapat tempat di Indonesia dan Singapura, lebih-lebih lagi selepas namanya tercalon di dalam Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu.

Meneruskan kehebatan, Elizabeth sekali lagi dicalonkan di dalam APM 2016 yang bakal berlangsung 30 September ini.

Mengakui menumpang tuah Faizal, dia merasa cukup bertuah apabila dicalonkan menerusi kategori Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik dan Lagu Paling Popular APM.

“Ketiga-tiga pencalonan ini menerusi lagu Setia duet bersama Faizal Tahir.

“Sejujurnya saya tidak jangka langsung akan tercalon. Saya rasa saya menumpang tuah Faizal (ketawa) dan tercalon untuk kategori pun sudah membuatkan saya gembira dan sekiranya menang, saya anggap ia satu bonus,” ujarnya kepada Zass.

Berkongsi perkembangan terkininya, Elizabeth berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbaharunya, Tabah yang sudah dilancarkan sebelum puasa lagi.

Meskipun sudah tampil dengan buah tangan terbaharu, akui Elizabeth, dia pernah merasa untuk melupakan bidang nyanyian dek kritikan yang sering diterima.

“Tidak dinafikan pada mulanya saya rasa rendah diri dan takut untuk menyanyi.

“Tapi bila saya pergi ke luar, saya sedar, ramai lagi yang lebih bagus dari saya.

“Jadi saya cuba sedaya upaya memperbaiki diri saya dan mencari keunikan suara saya agar lain dari penyanyi sedia ada,” ujarnya.
Powered by Blogger.