F Trump atasi Hillary | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Trump atasi Hillary

Satu tinjauan baharu menunjukkan calon presiden Parti Republikan, Donald Trump meraih dua mata mengatasi pesaingnya dari Parti Demokrat, Hillary Clinton dalam usaha merebut jawatan di Rumah Putih.

Kaji selidik dibuat Reuters dan Ipsos dikeluarkan, kelmarin mendapati jutawan hartanah kontroversi itu memperoleh 39 peratus undi sokongan berbanding 37 peratus diperoleh Hillary.

Difahamkan, keputusan itu berpihak kepada Trump selepas beliau menerima pencalonan partinya ketika konvensyen selama empat hari di Cleveland pada minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Hillary telah dilantik secara rasmi sebagai calon presiden Parti Demokrat, sekali gus menjadi wanita pertama dipilih mewakili parti utama di Amerika Syarikat (AS).  

Bekas Setiausaha Negara AS itu memperoleh 2,842 undi manakala lawannya, Senator Bernie Sanders hanya meraih 1,865 undi sokongan ketika konvensyen parti itu di Philadelphia.

Sebanyak 2,383 undi perwakilan diperlukan untuk menjadi calon sesebuah parti, lapor Agensi.
Powered by Blogger.