Berita Terkini
recent

Tragedi Trak Di Perancis, Rihanna Batal Konsert Jelajah 'Anti'

PENYANYI Rihanna membatalkan konsert jelajah untuk album terbarunya, Anti  yang dijadualkan berlangsung di Nice, Perancis.

Keputusan tersebut diambil selepas kejadian serangan trak berlaku pada Khamis telah mengorbankan 80 orang awam yang menyaksikan pertunjukan bunga api Hari Bastille.

Menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada majalah Billboard, Rihanna yang berada di Perancis berada dalam keadaan selamat.

Saksi melaporkan terdengar bunyi tembakan yang kuat dan menerusi gambar di laman sosial pula menunjukkan polis bersama senjata mengawal trak putih yang terlibat dalam serangan tersebut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.