F TMJ: Saya boleh selesaikan sendiri isu FAM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

TMJ: Saya boleh selesaikan sendiri isu FAM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa beliau boleh menyelesaikan sendiri isu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Menerusi kemas kini status terbaru di Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memberi tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan berbanding maklumat di dalam pendrive berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya.

“Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil mereka,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail mencetuskan tanda tanya dengan mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman FAM termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Sehubungan itu, Tunku Ismail turut menyarankan agar pihak tidak berkaitan supaya duduk diam dan membiarkan isu tersebut diselesaikan sendiri olehnya bersama pihak tertentu.

“Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja. Selesaikan masalah dan hutang masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mengingatkan pemimpin politik dan syarikat berkaitan kerajaan supaya tidak menggunakan wang peneroka atau dana kerajaan demi kesinambungan politik yang menguntungkan sesetengah pihak.
Powered by Blogger.