F TMJ dedah hasil pertemuan dengan Norza | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

TMJ dedah hasil pertemuan dengan Norza

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah diberi taklimat berhubung laporan kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika pertemuan dengan bendahari persatuan berkenaan, Datuk Mohamad Norza Zakaria baru-baru ini.

Menurut Tunku Ismail, menerusi taklimat tersebut, pihaknya mendapati terdapat banyak penyalahgunaan dana dan perbelanjaan yang tidak diperlukan dalam FAM.

“Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku! Mereka mengaku serta menerima bahawa terdapat banyak perkara perlu diperbetulkan dalam FAM dan sesetengah individu bertanggungjawab perlu berundur,” katanya menerusi sesi wawancara yang dimuat naik ke dalam laman sosial Johor Southern Tiger.

Dalam pada itu, Tunku Ismail memaklumkan bahawa pihaknya juga akan menerima kunjungan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Tunku Ismail berkata, beliau memberi jaminan kepada semua penyokong bahawa pihaknya  akan sentiasa jujur dan telus kepada semua penyokong bola sepak tanah air.

“Dan anda semua boleh bertanya kepada saya apa-apa jua perkara berkaitan isu-isu semasa sewaktu sesi soal jawab saya bersama penyokong,”katanya.
Powered by Blogger.