Tinggalkan One Direction Selepas Bermimpi Makhluk Asing


Penyanyi Zayn Malik mendakwa keputusannya meninggalkan kumpulan One Direction tahun lalu dilakukannya selepas dia diminta berbuat demikian oleh makhluk asing yang datang dalam mimpi.

Kata Zayn, sejak mimpi berkenaan hadir, dia sudah tawar hati untuk terus berada dalam band tersebut dan ingin meneruskan karier secara solo.

"Saya tidak ingat bila saya buat keputusan tinggalkan One Direction tetapi ia berlaku selepas diminta makhluk asing yang datang dalam mimpi saya," katanya seperti dilaporkan Us Magazine.

Penyanyi itu bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu dianggap pelik.

Dalam pada itu, Zayn yang kini berpacaran dengan model Gigi Hadid memberitahu hubungan mereka berjalan lancar dan menganggap wanita berkenaan sebagai istimewa.
Tinggalkan One Direction Selepas Bermimpi Makhluk Asing Tinggalkan One Direction Selepas Bermimpi Makhluk Asing Reviewed by Kakigosip on 05:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.