F Tindakan gila beli pemain £100 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tindakan gila beli pemain £100 juta

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menempelak sikap sesetengah pengurus yang sanggup berbelanja sehingga £100 juta untuk mendapatkan seorang pemain.

Klopp menyifatkan tindakan itu sebagai gila dan dia tidak terpengaruh untuk mendapatkan seorang pemain dengan nilai yang mahal.

“Jika anda membeli seorang pemain dengan harga yang mahal dan kemudian pemain itu cedera, sudah tentu akan memberi masalah kepada pasukan dan pastinya ia satu tindakan yang tidak berbaloi.

“Sesebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada seorang pemain. Ini adalah permainan berpasukan. Kerana itu saya tumpukan kepada pembangunan pasukan dan bukan membeli seorang pemain dengan harga mahal,” katanya.

Malah, kata Klopp, dia akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli dua atau tiga pemain berkualiti supaya impak yang diperolehi lebih optimum.

“Jika saya menghabiskan wang, itu bermaksud saya sedang membangunkan pasukan seperti yang dilakukan Barcelona.

“Anda boleh memenangi kejuaraan tetapi dengan cara tersendiri yang jauh lebih baik,” katanya.
Powered by Blogger.