F Tidur Dalam Kereta Api, Netizen China Anggap Seungri Kurang Ajar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tidur Dalam Kereta Api, Netizen China Anggap Seungri Kurang Ajar

Penyanyi Seungri menerima kritikan dan kecaman gara-gara dia tidur di dalam keretapi ketika di China, baru-baru ini.

Pada 11 Julai lalu, laporan media Cina menyebut, gambar Seungri sedang tidur di dalam kereta api telah dirakamkan.

Gambar tersebut telah tersebar di internet sekaligus mendapat pelbagai reaksi positi dan negatif daripada netizen China. Namun rata-ratanya yang menyifatkan Seuring sebagai kurang sopan dan biadap.

Ini kerana foto tersebut menunjukkan Seungri yang sedang tidur dengan kakinya tanpa berstokin dan posisi kakinya diletak ke tingkap.

Sesetengah komen menyifatkan aksi selebriti itu kurang manis serta tidak menyenangkan mata memandang apatahlagi dia berada di tempat umum.

"Dia (Seungri) harus mengakui terhadap kesalahannya", "Peminat tetap akan membelanya, tetapi tahukah kalian bahawa aksinya itu adalah kurang ajar", antara sebahagian daripada komen netizen.

Bagaimanapun ada pihak yang memberikan reaksi positif seperti, "Dia membuat kesilapan kerana dia terlalu letih ", "Dia hanya benar-benar letih".

Powered by Blogger.