F Tiada masalah luluskan konsert Selena Gomez | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tiada masalah luluskan konsert Selena Gomez

KERAJAAN Selangor tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada penganjuran konsert penyanyi dari Amerika Syarikat (AS), Selena Gomez sekiranya memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
   
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, setakat ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini.
   
"Setakat minggu lalu, MBSA belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur konsert.
   
"Sebaik sahaja mereka (MBSA) terima tentunya mereka akan teliti (permohonan) dan kalau memenuhi semua syarat yang ditetapkan saya rasa tiada masalah untuk beri kelulusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MBSA di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.
   
Mengenai bantahan daripada Pas yang menganggap konsert 'Selena Gomez The Revival Tour' itu mencemarkan kemuliaan Syawal, Mohamed Azmin menjawab semua bulan seharusnya dihormati.
   
Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda Pas, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal.

Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.
   
Turut membantah ialah Muslimat Pas yang menyifatkan artis barat itu berimej 'seksi dan liar'.
Powered by Blogger.