Berita Terkini
recent

Terima lamaran kahwin Siti Saleha dibanjiri ucapan tahniah

Kakigosip difahamkan pelakon Siti Saleha atau lebih mesra dengan panggilan Sally, kini sudah dilamar oleh kekasihnya yang dikenali sebagai L sewaktu percutian mereka di luar negara, Mexico, baru-baru ini.

Gosip tersebut timbul sebaik aktres itu memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen "I said Yes!!!," diikuti simbol hati.

Berikutan itu, Kakigosip  difahamkan juga lelaki itu turut membalas jawapan Sally dengan berkongsi sekeping gambar beserta kapsyen "She said yes, #LetsGetMarried,".

Oleh yang demikian, Sally telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya di laman Instagram kerana gembira dengan cerita tersebut.

Jika benarlah lamaran yang tersebar itu, apa salahnya kalau Sally pun sudah bersedia untuk ke peringkat yang seterusnya.

Wah, indah betul bila dapat bercuti ke luar negara bersama orang yang kita cinta, tambah pula berakhir dengan momen lamaran untuk dijadikan pasangan hidup.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.