F 'Terima kasih isteriku...' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Terima kasih isteriku...'

AKTRES terkenal tanah air, Yana Samsudin, 32, dikhabarkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Julai lalu.

Perkhabaran gembira itu, dikongsi oleh suami Yana, Fadzil Zahari, 33, di Instagramnya.

"Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang 'baby boy',  terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya," tulisnya.

Dalam pada itu, Fadzil turut mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sentiasa bersama dengannya dan Yana.

"I love u so much sayang, moga cepat sembuh, terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat-sahabat, kawan-kawan  dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan. Alhamdulillah...Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua," tulisnya.

Pasangan ini disatukan pada bulan Februari tahun lalu.
Powered by Blogger.