F Terima Hakikat Diri Tak Cantik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terima Hakikat Diri Tak Cantik

Penyanyi dan pelakon, Minah, 23, tidak pernah ambil hati dengan kritikan sesetengah pihak kerana menganggap dirinya tidak cantik.

Menurut anggta kumpulan Girls Day ini, dia menerima dengan terbuka hati dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya selepas melakonkan watak sebagai Gong Shim menerusi drama, The Beauty and The Beast.

"Saya tahu saya tidak cantik. Saya pernah terluka dengan komen-komen malah antaranya ada yang mempersoalkan, "Ada perempuan yang bukan selebriti yang jauh lebih daripada kamu', bagaimana kamu boleh menjadi selebriti?',

"Bagaimana pun saya menerima kritikan itu dengan terbuka selepas melakonkan watak Gong Shim dan sejak itu saya memutuskan untuk menjadi selebriti 'unpretty'.

Sambungnya lagi, "Sudah tentu, saya benar-benar ingin menjadi seperti Song Hye Kyo dan Jun Ji Hyun. Mereka cantik, tetapi apabila saya melihat cermin yang saya tidak suka pada diri saya sendiri.

"Saya mula menyalahkan diri saya sendiri dan saya tidak tahu mengapa saya berasa begitu kecewa atas sesuatu yang bukan salah saya.

"Tetapi semua itu berubah selepas terlibat dalam drama The Beauty and The Beast. Saya sedar, walaupun saya tidak cantik, saya adalah saya. Gong Shim benar-benar telah menyedarkan saya," katanya.
Powered by Blogger.