F Teater Klasik Lela Manja tampilkan pelakon baru dan lama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Teater Klasik Lela Manja tampilkan pelakon baru dan lama

Selepas kejayaan pementasan teater klasik Bawang Putih, Bawang Merah meraih perhatian khalayak penonton hujung tahun lalu, Istana Budaya sekali lagi akan membawakan nashkah dari yang genre yang serupa, ‘Lela Manja’ untuk dipentaskan.

Meskipun teater komersial kini lebih mendominasi, pementasan nashkah klasik diharapkan dapat memberikan pilihan yang lebih pelbagai kepada penonton. Malah dalam masa yang sama diharapkan, teater dari genre ini terus hidup mewarnai pentas teater tanah air.

Nashkah yang merupakan adaptasi daripada filem Melayu klasik arahan Jamil Sulong pada tahun 1960 ini bukan sahaja sarat dengan dengan mesej kekeluargaan dan kesetiaan ketaatan kepada negara, tetapi turut memberi hiburan santai kepada mereka menonton.

Lebih menarik, teater yang skripnya diolah oleh Hairul Anuar Harun ini menyaksikan gandingan pelakon baru dan lama seperti Nabila Huda, Aeril Zafrel, Shahrolnizam Noor, Sari Yanti, Hafidz Roshdi, Syazwan Zulkifli, Jay Iswazir, Rashdan Baba dan lain-lain.

‘Lela Manja’ yang diarahkan oleh Ramli Lani dan dibantu oleh Khairulanwan Rodzy ini bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22-24 Julai dan 29-31 Julai 2016. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM33 shingga RM253.

(Untuk info lanjut, sila layari www.istanabudaya.gov.my)

LELA MANJA mengisahkan tentang perjalanan hidup Lela dan Manja, dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman ibu tiri mereka sehingga menyebabkan mereka terpisah. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui mereka sebelum kembali bertemu dalam keadaan kehidupan yang berbeza .

TEATER: LELA MANJA

TARIKH: 22-31 Julai 2016

MASA: 8.30 Malam

TEMPAT: Panggung Sari, Istana Budaya
Powered by Blogger.