F Taylor Swift Atasi 100 Selebriti Raih Pendapatan Tertinggi Lebih RM670 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Taylor Swift Atasi 100 Selebriti Raih Pendapatan Tertinggi Lebih RM670 juta

Bukan hanya kisah percintaannya bersama aktor kacak, Tom Hiddleston, kini menjadi bualan hangat umum malah bintang terkenal Taylor Swift disebut sebagai selebriti berpendapatan paling besar bagi tahun ini.

Majalah berpengaruh global, Forbes, baru-baru ini mendedahkan senarai nama 100 selebriti (Forbes Celebrity 100 list) dengan pendapatan tertinggi dan pelantun hits Shake It Off itu berada di kedudukan nombor satu dengan pendapatan sebesar USD 170 juta (kira-kira RM677,101,500.00).

Hasil jumlah kekayaan Swift ditentukan bermula dengan pendapatan yang diterimanya selama satu tahun dalam tempoh Jun 2015 hingga Jun 2016.

Sekaligus Swift mengalahkan Adele di posisi ke kesembilan dengan pendapatan USD80.5 juta dan Madonna, di posisi ke-12 dengan pendapatan USD76.5 juta. Manakala Rihanna di posisi ke-13 dengan jumlah pendapat sebanyak USD75 juta.

Sementara Katy Perry berada di posisi ke-63 dengan jumlah pendapatan sebanyak USD41 juta. Tahun lalu, Perry meraih pendapatan sebanyak USD135 juta lebih berbanding Swift yang hanya meraih USD80 juta.

Tahun ini, Swift meraih pendapatan jauh lebih tinggi daripada pendapata Perry tahun lalu. Laporan menyebut, sepanjang tahun lalu di ketika Perry banyak meluangkan masa menyertai kempen calon parti demokratik, Hillary Clinton, sementara Swift pula sibuk memecah rekod baharunya menerusi persembahan konsert jelajah 1989-nya di seluruh dunia dan dia berjaya mengutip keuntungan mencecah USD200 juta.

Selebriti yang berada di posisi kedua pula dengan pendapatan terbesar ialah kumpulan terhangat, One Direction.

Dalam pada itu, bekas kekasih Swift iaitu DJ popular, Calvin Hariss pula berada di posisi ke-21 dalam senarai dengan pendapatan USD63 juta.

Menurut Forbes, jika Swift dan Harris masih bersama, mereka pasti mengungguli senarai 100 pasangan selebriti meraih pendapatan tertinggi malah jumlahnya berganda lebih berbanding jumlah keseluruhan pasangan Beyonce dan JayZ yang meraih sebanyak USD107.5 juta.
Powered by Blogger.