F Tak Tolak Jodoh Dengan Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Tolak Jodoh Dengan Peminat

Anggota kumpulan Exo, Park Chanyeol, telah menguatkan lagi harapan EXO-Ls (gelaran peminat) di seluruh dunia dengan jawapannya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pada 29 Jun lalu, penyanyi dan pelakon berusia 23 tahun ini memberi 'gambaran' bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan menjalin hubungan cinta dengan peminat.

"Kita tidak tahu dengan siapa kita akan bersama. Sukar untuk saya berikan jawapan yang pasti.

"Filem ini tentang watak saya sebagai bintang program realiti dan peminat .

"Saya rasa ianya akan menjadi lebih seronok jika saya membuat program realiti seperti itu di Korea dengan peminat saya," katanya ketika acara mempromosikan filem terbaharunya,'So I Married an Anti-Fan'.

Chanyeol berkata demikian ketika menjawa pertanyaan media adakah dia akan menjalinkan hubungan cinta dengan peminat dalam kehidupan realiti.

Dalam filem arahan pengarah Kim Jae-young, Chanyeol bergandingan dengan pelakon popular China, Yuan Shanshan. Filem romantik-komedi itu mula ditayangkan di China sejak 30 Jun 2016.

So I Married an Anti-Fan mengisahkan mengenai seorang wartawan hiburan, Lee Geun-Yeong, yang dipecat ketika cuba untuk mendedahkan rahsia seorang bintang Hallyu, Hoo Joon.

Selepas dipecat, dia menjadi anti-peminat bintang tersebut namun selepas satu insiden, Guen Yeong mula jatuh cinta dengan Hoo Joon.
Powered by Blogger.