F Tak Sangka Diiktiraf The Malaysia Book of Records | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Sangka Diiktiraf The Malaysia Book of Records

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna, 30, tidak menyangka The Malaysia Book of Records mengikuti perkembangan karier seninya di Amerika Syarikat sehingga badan penilai itu mengiktiraf album terbaharunya berjudul Chapters yang dilancarkan pada Mei lalu.

Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini berkata, pengiktirafan itu diberikan kepadanya sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard menerusi kategori Album R&B.

Untuk rekod, antara artis lain yang turut tersenarai dalam carta sama ialah Beyonce (Lemonade), Rihanna (Anti) dan The Weeknd (Beauty Behind The Madness).

"Saya langsung tidak menyangka akan diberi pengiktirafan besar seperti ini kerana ingatkan ia satu gurauan pada awalnya.

"Meskipun saya jauh di perantauan masih ada yang mengambil berat dan pengiktirafan ini adalah semangat untuk saya meneruskan perjalanan karier di Amerika," katanya.

The Malaysia Book of Records menerusi Pengarah Operasinya, Christopher Hw Wong menyampaikan plak pengiktirafan itu pada sebuah majlis yang diadakan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Yuna berkata, dia bersyukur penerimaan album terbaharunya cukup baik oleh peminat malah duet bersama bintang R&B, Usher membuka ruang lebih besar untuknya dikenali di Amerika Syarikat.

Malah kata Yuna, dia bakal memulakan konsert jelajah siri kedua di beberapa buah negeri selatan Amerika selain Eropah bermula September ini bagi mempromosikan album berkenaan.
Powered by Blogger.