F Tak Sanggup Lagi Diperkotak-katik, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Lakonan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Sanggup Lagi Diperkotak-katik, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Lakonan

Baru-baru ini menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya, pelakon berbakat besar Noor Khiriah, 39, mengumumkan dia akan bersara dari dunia lakonan.

Khiriah memberitahu bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut namun satu perkara yang terjadi ketika bulan Ramadan lalu menyebabkan dia berbuat demikian.

"Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat.

"Saya rasa… cukup. Rasa-rasaya cukuplah dan saya tahu itu adalah lesen dari Allah, pertunjuk dari Allah untuk saya mengundurkan diri dari industri. Terima kasih banyak-banyak.

"Tetapi jika ada sesiapa yang memerlukan perkongsian daripada saya, silakan,” jelas Khiriah.

Dari kapsyen video tersebut, Khiriah juga memberitahu dia tidak cukup kuat lagi diperkotak-katikkan serta bermain tarik tali sebagai seorang anak seni. Semoga pengunduran Khiriah ini adalah yang terbaik buat dirinya.

“Dengan ini saya mohon maaf, terjadinya di bulan mulia, semua ada hikmah. Dulu saya pernah katakan namun saya langgar, mohon kali ini saya kuat dan istiqomah. Mohon jangan ditanya kenapa.

“Cuma saya dah tak kuat untuk diperkotak-katikkan dan dimain tarik tali industri. Rezeki di bumi Allah luas,” tulis Khiriah pada ruangan kapsyen.
Powered by Blogger.