F Tak Kongsi Gambar Anak Kerana Hormati Permintaan Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Kongsi Gambar Anak Kerana Hormati Permintaan Suami

Aktres Lana Nodin, menghormati keputusan suaminya, Mohd Daud McKienzie untuk tidak memuat naik gambar anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan buat sementara waktu bagi menikmati tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Memetik laporan BH online, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 36, berkata beliau pasti berkongsi wajah anak sulungnya itu kepada umum apabila tiba masanya nanti.

"Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.

"Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

"Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti," katanya yang terpaksa beraya di perantauan tahun ini kerana tuntutan kerjaya suaminya.

Lana dan suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS) mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.
Powered by Blogger.