F "Tahun Ni Cium Tangan Suami" - Nabila Huda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Tahun Ni Cium Tangan Suami" - Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda, 31, mengakui teruja dan tidak sabar untuk menyambut ketibaan Syawal apatahlagi sambutan kali ini berbeza kerana buat pertama kali dia beraya bersama suami tercinta, Mohd Izwan, 32.

Pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.

Nabila ketika ditemui bagaimanapun berkata, dia belum membuat apa-apa persiapan raya kerana kebiasaannya dia suka membuat persiapan di saat akhir.

"Mestilah raya saya tahun ini berbeza sebab tahun ni saya cium tangan suami, itu yang rasa lagi teruja nak sambur raya kali ini," tuturnya sambil tertawa.

"Kalau sambut raya, saya bersederhana saja. Saya suka buat persiapan saat akhir baik dari segi persiapan rumah atau kalau nak beli baju, lagi sehari dua nak raya baru saya pergi membeli. Suami saya pun, dia seorang yang simple.

"Dari segi pakaian pula saya dan suami suka yang simple dan kami beli saja yang ready to wear. Keisha pun tak banyak kerenah sangat, cuma biasalah dia asyik-asyik akan pilih warna kegemaran dia, merah jambu.

"Tapi tahun ni, mama dan papa pula yang beria tempahkan baju untuk kami bertiga dan siap pun baju tu. Tapi tak sempat raya, kami sudah menggayakannya untuk satu sesi fotografi, beritahunya sambil tertawa.

Nabila bakal menyambut hari 1 syawal bersama keluarganya di Kuala Lumpur sebelum pulang ke rumah keluarga suaminya di Singapura.

"Setakat ini kami tak ada perancangan lagi tapi mungkin pagi raya, kami beraya di rumah papa. Kemudian kami akan pulamg ke Singapura.," katanya yang bercuti selama seminggu.

Perkembangan lain, Nabila bakal menjayakan teater Lela Manja yang bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 22 Julai sehingga 31 Julai 2016.
Powered by Blogger.