F (Tahniah!) Azwan & Ezzaty Selamat Diijabkabul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

(Tahniah!) Azwan & Ezzaty Selamat Diijabkabul

Hanya dengan sekali lafaz pelakon Azwan Kombos dan pasangan pilihan hatinya iaitu Ezzaty Abdullah, selamat diijabkabulkan sekitar pagi tadi kira-kira jam 11:30 pagi bertempat di kediaman perempuan di Bentong, Pahang.

Dalam pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan itu, Azwan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50. Manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Pasangan itu telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin Ezzaty Abdullah, Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun.
Sementara itu, Ezzaty Abdullah menerima lima dulang hantaran dengan berbalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Seterusnya, resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan pada keesokkan harinya bertempat di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada kedua pasangan dan warga Kakigosip mengucapkan semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Powered by Blogger.