F Taeyong (NCT127) Menyesal Buat Penipuan Dalam Jual Beli | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Taeyong (NCT127) Menyesal Buat Penipuan Dalam Jual Beli

AHLI kumpulan NCT127, Taeyong, mengakui menyesal dengan tindakan masa lalunya yang pernah melakukan penipuan dalam aktiviti perniagaan secara dalam talian.

Penyanyi lagu Fire Truck ini didapati telah menjual barang yang sudah rosak secara dalam talian sebelum terkenal sebagai penyanyi.

Dia menerusi sebuah segmen NCT Life meluahkan rasa bersalah dan meminta maaf atas kesilapan lalu itu.

"Saya banyak melakukan perkara yang memalukan sebelum bergelar artis dan perkara-perkara itu sentiasa bermain di fikiran.

"Oleh itu, saya ambil kesempatan ini untuk meminta maaf dengan mereka yang telah menjadi mangsa dengan sikap saya yang nakal ketika dahulu.

"Saya perlu bekerja keras dan membuat perkara yang membanggakan ahli kumpulan yang lain," ujarnya.

Dia juga berterima kasih kepada peminat yang sering menyokong kumpulan itu selama ini.
Powered by Blogger.