F Sudah Pilih Nama Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sudah Pilih Nama Anak

Dalam pada dia sedang berdebar-debar menanti kelahiran cahaya mata sulung lelaki sekitar Oktober depan, Nad Zainal mengakui sudah memiliki beberapa nama pilihan buat anaknya.

Memetik laporan Kosmo online, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu bagaimanapun enggan tergesa-gesa berkongsikan nama putera kesayangannya itu kepada peminat.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember tahun lalu.

“Semolek-moleknya, biarlah nama itu didedahkan sebaik anak dilahirkan nanti. Buat masa ini, doakan yang baik-baik supaya segala-galanya dipermudahkan.

“Memang sudah ada beberapa nama pilihan, cuma nama yang pendek-pendek saja asalkan membawa maksud yang baik, insya-Allah,” ujarnya kepada Sensasi Bintang.

Tanpa berselindung, teraju utama drama Gondola Cinta Di Venice itu juga mengakui, menjaga pengambilan makanan terutamanya menjelang ketibaan Aidilfitri bagi memastikan kandungannya sentiasa sihat.

“Hendak kata berpantang bersungguh-sungguh, tidak juga. Cuma, saya akan cuba mengelak minuman berkarbonat dan berais,” ungkapnya yang gemar menjamah nasi impit bersama rendang ayam di pagi raya.

Tatkala menyentuh mengenai persiapannya dan suami pada lebaran kali ini, Nad menjelaskan, segala-galanya dilakukan secara sederhana.

“Saya cuma menolong menyediakan juadah, sementara pakaian juga banyak yang ditaja rakan-rakan dan juga pereka fesyen pada Aidilfitri kali ini.

“Kalau mengikut perancangan, kami akan beraya di ibu negara terlebih dulu sebelum ke kampung suami di Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor,” ujarnya.
Powered by Blogger.