F Suami Izin Hetty berlakon semula | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami Izin Hetty berlakon semula

Artis Hetty Sarlene bukanlah satu nama yang baru dalam industri seni hiburan, malah pemilik nama itu pernah hit dengan drama Sembilu terbitan Skop Productions Sdn Bhd.

Selepas disatukan pada Sabtu lalu dengan seorang ahli perniagaan iaitu Daniel Oakes (Dani Aaqil), Hetty memberitahu suaminya akur andai aktres itu mahu berlakon semula.

"Pada awalnya dia tidak tahu saya ini seorang artis, namun sewaktu kali pertama kami keluar dating di Universal Studio Singapura (USS) dia merasa hairan apabila ramai yang mendekati dan mahu bergambar dengan saya. Jadi, sejak itu saya beritahu siapa diri saya.

"Sekalipun sudah lama berehat dan kini sudah menjadi isteri orang, suami saya masih izinkan untuk kembali berlakon. Tetapi, biarlah saya fokus dengan rumah tangga dulu," ujarnya yang juga sudah diberi tawaran untuk berlakon semula di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd.

Kebiasaannya, apabila artis sudah berkahwin, soalan wajib mestilah mengenai perancangan anak pula. Apabila dibicarakan berkenaan soalan tersebut, ini jawapan Hetty;

"Kami tidak merancang akan tetapi jika rezeki Allah mengurniakan lebih awal, kami terima dan begitu juga sebaliknya, kalau lambat pun kami terima," katanya yang dalam perancangan untuk berbulan madu ke Iceland dan London pada Oktober depan.

Tahniah buat Hetty dan suami, Daniel kerana sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan hanya sekali lafaz. Semoga segala perancangan selepas ini berjalan dengan lancar.
Powered by Blogger.