F Suami Beri Catriona Ross Lampu Hijau | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami Beri Catriona Ross Lampu Hijau

Pelakon Catriona Ross, 36, memberitahu beliau kini dalam proses mengembalikan bentuk badannya seperti zaman anak dara kerana mahu kembali aktif dalam dunia lakonan selepas dua tahun tidak berlakon.

Memetik laporan BH online, Catriona giat menjalani latihan di gimnasium selain aktif mendaki bukit dan gunung sekaligus membolehkan berat badannya yang pernah mencecah 75 kilogram (kg) turun kepada 56 kg.

"Hampir dua tahun tidak berlakon disebabkan saya membesarkan anak. Kebetulan ketika itu pembantu rumah juga sudah tamat kontrak, jadi saya ambil keputusan menguruskan keluarga sepenuhnya hingga tidak dapat memenuhi tawaran berlakon. Kalau ada pun, bawa watak sampingan.

"Kini, suami memberi lampu hijau selain sedia menjaga anak kami jika saya keluar berlakon. Lagi pun, kami dalam proses mencari pengasuh baharu," katanya yang turut menegaskan berhijab bukan penghalang untuk terus bergelar pelakon seperti diperkatakan segelintir pihak.

Pelakon berdarah Melayu-Scotland yang popular dengan drama bersiri berjudul Sephia itu dan suaminya, Shaharuddin Mohktaruddin, dikurniakan tiga anak, Sephia Rania, 6; Jammal Raess, 4 dan Edruce Riyadh, yang berusia setahun.
Powered by Blogger.