F Stephanie Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Stephanie Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk

PENYANYI Stephanie terlibat dalam satu kemalangan selepas dia dilanggar sebuah kereta yang mana pemandunya berada dalam keadaan mabuk.

Soompi melaporkan ketika kejadian Stephanie dalam perjalanan untuk menghadiri rakaman program radio bersama kumpulan Super Junior.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan yang dinaikinya mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu.

Selepas kejadian itu Stephanie tetap menghadiri rakaman program tersebut sebelum pihak pengurusan membawa penyanyi itu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

"Syukur kejadian itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadapnya dan berharap peminat tidak bimbang akan keadaan Stephanie," kata jurucakap syarikat pengurusannya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Stephanie memuat naik status di laman sosial miliknya memberitahu dia dalam keadaan baik selain meminta peminat tidak bimbang akan keadaan dirinya.
Powered by Blogger.