F Soyu (Sistar) Menangis Kerana Diet | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Soyu (Sistar) Menangis Kerana Diet

AHLI kumpulan Sistar iaitu Soyu memberitahu pernah menangis kerana terpaksa menolak perlawaan ibunya untuk makan bersama gara-gara sedang berdiet.

Dia yang menginginkan tubuh yang cantik mengakui terpaksa menjalani diet yang ketat bagi mendapatkan berat badan yang betul-betul dimahukan.

"Saya mengamalkan diet yang agak teruk dan tidak ambil makanan kaborhidrat dan garam sedikit pun.

"Kelmarin ibu datang ke rumah dengan membawakan makanan.

"Saya hanya menemani dia makan dan menangis melihat makanan tersebut kerana tidak boleh melanggar diet yang disedang diamalkan.

"Agak sukar untuk menahan nafsu makan, tapi apakan daya saya perlu melakukan demi kerjaya," ujarnya.

Penyanyi berusia 24 tahun itu memberitahu dia hanya mengambil makanan empat biji telur puyuh, susu rendah lemak dan salat tanpa sos.
Powered by Blogger.