F Siti Nordiana Tak Ambil Peduli Tuduhan Tidak Benar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Nordiana Tak Ambil Peduli Tuduhan Tidak Benar

Penyanyi Siti Nordiana menyangkal dakwaan dia kini sudah mula mula berlagak sombong sehingga menolak permintaan seorang pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya.

Mengakui tidak terkejut dengan dakwaan tersebut, wanita yang mesra disapa dengan panggilan Nana ini berkata, gosip seperti itu sudah biasa didengar, lebih-lebih lagi apabila dia kini kembali aktif dan dikenali selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) hujung tahun lalu.

"Sejak mula menyanyi, saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar.

"Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya selepas menjuarai GV2 juga tidak pernah berlaku.

"Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Selepas menjuarai GV2, rezeki Nana dalam bidang seni dilihat begitu murah. Tidak hanya tertumpu pada bidang nyanyian, pelantun yang popular dengan lagu Cinta Hanya Sandaran itu kini aktif melebarkan sayap sebagai pelakon.

Menurut pelakon drama Dia Semanis Honey ini, apa yang dilalui pada awal kemunculan sebagai artis rakaman sekitar 17 tahun lalu telah banyak mematangkan perjalanan kariernya sehingga kini.

"Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya,” katanya.
Powered by Blogger.