F Sissy Imann memilih raya yang sederhana | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sissy Imann memilih raya yang sederhana

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Sissy Iman yang yang baru sahaja tampil dengan single terbarunya, 'Keliru' ini mengakui saban tahun meraikan Aidilfitri secara sederhana. Apa yang penting buat anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah hari kemenangan buat seluruh umat Islam ini disambut bersama keluarganya yang tersayang.

“Sejak dari kecil, Yanda dan Bonda memang sering mangajar kami untuk bersederhana dalam apa juga perkara. Begitu jugalah dengan sambutan raya. Apa yang penting hari mulia ini dapat diraikan bersama keluarga. Hubungan Sissy dan keluarga memang sangat rapat.

"Malah kami adik-beradik banyak melakukan aktiviti bersama dengan Yanda dan Bonda termasuklah bab persiapan raya. Kami sama-sama akan cari baru raya, persiapan untuk rumah sehinggalah kepada perancangan menu untuk raya. Semuanya dilakukan sama-sama kerana ia sesuatu yang cukup menyeronokkan,” katanya yang cukup ayu mengenakan persalinan dari koleksi butik  Altelia Amani, Shah Alam ini sambil tersenyum.

Pakar Anyam Ketupat

Menariknya juga, Sissy yang bakal meraikan 1 Syawal di ibu kota Kuala Lumpur ini seorang yang  pakar menganyam ketupat. Khabarnya Sissy mampu menganyam ketupat sebanyak 150 biji dalam satu-satu masa.

“Setiap kali raya, menganyam ketupat memang menjadi tugas wajib Sissy. Dari tak tahu langsung buat, sampailah sekarang dah boleh buat sendiri semuanya. Tapi memang patutpun tugas itu untuk Sissy kerana Sissy sangat suka makan ketupat, apatah lagi bila dimakan dengan rendang.

“Ketupat juga ada kenangan yang tersendiri buat Sissy, di mana raya tiga tahun lalu tetamu yang datang ke rumah tidak makan ketupat gara-gara Sissy masak ketupat keras. Semuanya kerana Sissy terlalu teruja dan terlebih yakin dapat masak ketupat yang sedap sebagaimana tahun sebelumnya. Sudahnya ia tidak menjadi sehingga semua orang tak boleh makan,” imbas Sissy.
Powered by Blogger.