F Siapa bakal bergelar juara Qari Jr? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siapa bakal bergelar juara Qari Jr?

PROGRAM realiti kanak-kanak Qari Jr musim kelima sudah hampir ke kemuncaknya.

Ahad lalu berlangsungnya peringkat separuh akhir yang menyaksikan adik Nur Ain Syadiah (11 tahun) tersingkir dengan tema Cinta Rasul.

Kini hanya tinggal lima peserta sahaja iaitu adik Naufal, Firas, Danish, Hana, dan Sofea bagi merebut gelaran juara Qari Jr. musim ke-5.

Qari Jr musim ini ditaja Almas Beauty & Health dan majalah Ana Muslim selaku penaja bersama dan juga majalah rasmi.

Bagi meningkatkan lagi cabaran musim ini, setiap peserta diuji dengan pemilihan ayat daripada 30 juzuk al-Quran dan tidak terhad kepada juz Amma sahaja.

Setiap peserta juga perlu beri kefahaman mengenai ayat dibaca. Pemarkahan 100 peratus ditentukan juri tetap iaitu Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar bersama seorang lagi juri jemputan.

Musim ini, juara bawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 daripada TV3, pakej umrah (tajaan Almas Beauty & Health) dan juga baucar tunai RM900 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd).

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara di pentas akhir Qari Jr musim ke-5 yang akan bersiaran hari ini jam 9 malam hanya di TV3.
Powered by Blogger.