F Shikin Maembong Sahkan Sudah Bercerai Dengan Chef Riz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shikin Maembong Sahkan Sudah Bercerai Dengan Chef Riz

Kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan tukang masak selebriti, Chef Riz, Jun lalu.

Memetik laporan BH online, Shikin berkata, mereka berpisah selepas dirasakan tiada lagi jodoh antara dirinya dan Riz.

"Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri.

"Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh," katanya

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa pihak di forum hiburan membincangkan mengenai rumah tangga Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 34, dan Shikin yang kononnya dilanda badai.

Malah, wanita itu juga tidak lagi memuat naik foto Riz di Instagram miliknya sehingga ia menimbulkan tanda-tanya.

Bagaimanapun pada minggu lalu, Shikin memuat naik status kata-kata hikmat yang menunjukkan beliau kini sudah kembali solo.

Beliau turut menyatakan tekanan yang dilalui semakin berkurang. Ramai pengikutnya juga memberikan sokongan moral agar wanita itu tabah melalui dugaan.

Sementara itu, Shikin berkata, walaupun bercerai, beliau dan Riz masih berbaik demi membesarkan anak perempuan mereka, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun.

"Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.

"Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua," ujarnya.

Shikin dan Riz mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014. Ia perceraian kedua buat Riz dan yang pertama bagi Shikin.

Terdahulu, Riz pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.
Powered by Blogger.